Assalamualaikum
Haiiiiii, apa khabar? Harap harap sihat lah hendaknya semua orang :) Rasa nak share video ni. Pengurusan hidup berdasarkan surah Al-Kahfi. These are some points that I got from the video. Kalau ada yang tersalah interpretation oleh diri ini, harap dapat betulkan :)
Kenapa surah khafi?
Surah ini merupakan surah yang diletakkan oleh Rasulullah sebagai surah yang dilazimi seperti surah yasin. Ianya afdal dibaca pada hari jumaat, insyaAllah akan terlindung daripada fitnah dajjal selama 8hari. Jadinya, kita akan terlindung dari hari Jumaat minggu ini, sehingga Jumaat minggu hadapan. Andai kata dajjal muncul dalam empoh waktu itu, insyaAllah kita kan terselamat.
Hadis riwayat Imam Muslim:
‘Sesiapa yang menghafal, membaca dan membawa surah al-khafi dalam kehidupan, maka terlindunglah dari fitnah dajjal.’
Bagaimana surah ini diturunkan? Bila? Mengapa? J surah ini diturunkan dalam suasana yang seakan akan dengan zaman sekarang. Surah ini diturunkan ketika mana musyrikin mekkah sudah ketandusan idea, dah habis ikhtiar untuk menyekat dakwah Rasulullah. Islam terus berkembang. Jadinya, mereka mendapat idea untuk menyerang melalui serangan pemikiran. Turunnya ayat ini adalah untuk membantu umat Islam untuk menghadapi serangan itu. Bezanya fitnah dajjal dengan fitnah yang lain ialah, fitnah dajjal datang dalam bentuk fitnah yang kita mungkin tidak sedar.
Ada satu hadis ni. Di akhir zaman, ketika dajjal mahu muncul, akan datang kepada manusia tahun tahun yang menipu (kekeliruan berlaku). Pendusta akan dipercayai, orang yang benar akan didusta, pengkhianat diberi kepercayaan, orang amanah akan dikihianati. Yang akan bercakap dalam masyarakat adalah orang yang bodoh bercakap dalam urusan orang ramai (ilmu agama).
Isi kandungan:
71 ayat tentang cerita dan 39 ayat mengenai konsep umum kehidupan dunia dan akhirat. Focus utama surah al-kahfi ada 4:
- Pengurusan kepercayaan (Kisah Ashaab Al-Kafh)
- Pengurusan harta (Kisah pemilik dua kebun)
- Pengurusan ilmu (Kisah kembara Musa dan Khidir)
- Pengurusan Kuasa (Kisah Dzulqarnain)
Semua kisah kisah ini berkait dengan Spritual (kepercayaan), physical (harta), intellectual (ilmu) and emotional/social (kuasa). Untuk lebih faham, silalah tengok video tu. InsyaAllah bermanfaat kepada kita semua :)
Kadang kadang diri sendiri terfikir, andai kata dajjal muncul sewaktu diri ini masih hidup di atas muka bumi, cukup kuatkah iman ini? Tibe tibe terfikir sebab, kadang kadang kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga perasaan manusia tanpa memikirkan, dalam masa kita menjaga perasaan manusia, tapi kita tak pernah menjaga perasaan Allah. Kita sentiasa melebihkan manusia, atau perhubungan dengan manusia tanpa memikirkan hubungan kita sendiri dengan Allah, yang mana, ia jauh lebih penting. Kalau hubungan dengan Allah diri ini tidak mampu menjaga dengan seelok mungkin, bagaimana tahap iman diri ini? Mampukah menghadapi fitnah dajjal itu? Sudah layakkah diri ini membeli syurga dengan hanya sekadar solat lima waktu, berpuasa dan membaca al-quran?
4 ouhooo:
Nice Sharing kak Yanti !
Thankyouuuu :')
welcome amal :)
"Sesiapa yg membaca Surah al-Kahfi pd hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara 2 Jumaat" - Hadis riwayat al-Nasa'i, al-Baihaqi dan al-Hakim
yeay! tq amal. sukanyeeeee heee :D
Post a Comment