Ceritanya, nak berkongsi sesuatu bersama readers sekalian. Kehidupan kita di dunia ni sekejap je. Tak lama. Kita tak tahu bila kita akan meninggalkan semua ni. Mungkin hari ini, esok atau... Hanya Allah yang tahu. Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai abid dan juga khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah telah memilih dan memberikan amanah kepada kita di muka bumi ini dan janganlah kita abaikan tanggungjawab kita.
Segalanya berpasangan di dunia. Lelaki perempuan. Hitam putih, suka duka dan pelbagai lagi. Begitu juga keadaan kita sekarang, sama ada berdosa atau berpahala. Tiada di tengah antaranya. Jadikan setiap saat kita di dunia ini sebagai berpahala. Maksudnya, kita sama-sama berusaha supaya setiap saat kehidupan kita di dunia ini bermanfaat. Contohnya, niatkan segala amal perbuatan kita kerana Allah sewaktu makan, mandi, tidur dan sebagainya.
Masih di mood tahun baru barangkali. Mungkin elok rasanya kalau kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik dan mantap. Manusia boleh berubah. Semua orang tahu perubahan itu bukan sesuatu yang mudah, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Biarkan perubahan itu kecil namun dilakukan secara istiqamah, pasti akan memberikan impak yang besar suatu hari nanti. Ibarat air yang menitis perlahan-lahan di atas batu namun berterusan pasti akan mampu menghakis batu yang keras tersebut. Jadikan ibadah majoriti dalam kehidupan seharian kita.
Jadi, dimana kunci perubahan itu?
Benar, diri sendiri, itulah kuncinya. Kita yang perlu menggerakkan diri kita sendiri. Bukan dia, bukan mereka. Mereka mungkin boleh menggalakkan perubahan dalam diri anda, namun ingat anda yang memegang kuncinya.
Islam pasti akan kembali gemilang satu hari nanti. Sama ada kita turut serta atau tidak Islam pasti akan menang kembali. Jadi takkan tak nak turut serta berjuang ? Sama-samalah kita beramal dan saling mengingati antara satu sama lain. Peringatan ini juga ditujukan kepada saya yang kerdil dan juga semua readers. InshaAllah.

2 ouhooo:
eh mcm kenal je.. thnx yanti tolong sharekan.. semoga bermanfaat.. inshaAllah =)
welcome! insyaAllah bermanfaat :)
Post a Comment